Saturday, 6 August 2011

PERKAS berbuka dengan ANGKASA

Pos Betau, 5 Ogos

Buat pertama kalinya dalam sejarah Pos Betau, sembahyang berjemaah terawih diadakan

Buat julung-julung kalinya, masyarakat Islam kaum Semai yang terpisah jauh dari pengetahuan & kebudayaan Islam dapat berbuka puasa, sembahyang berjemaah magrib, isyak & terawih selepas lebih dari 20 tahun!

Buat pertama kali juga, azan Magrib & Isyak kedengaran semula setelah sekian lama surau Pos Betau yang terbenam di dalam semak dihidupkan semula oleh PERKAS.

Peritiwa bersejarah ini terjadi apabila PERKAS, Ecolife Basecamp & ANGKASA, selaku penaja majlis tersebut bergabung tenaga untuk mengadakannya di Surau Al-Falah yang telah diubahsuai oleh kerajaan baru-baru ini.

Turut hadir untuk memeriahkan upacara itu termasuklah ADUN Jelai Y.B. Dato' Wan Rosdy Wan Ismail, Presiden ANGKASA Y.Bhg Prof Dato' Dr Haji Mohd Ali b. Haji Baharum serta kakitangan ANGKASA, Tok Batin Ahmad Selalu, Ustaz-ustaz dari Jab Agama Islam K.Lipis, Pengurus JKOA, FELCRA, Tok-Tok Batin, Ketua Balai Polis Sg Koyan serta AJK Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, K.L.

YB Dato' Wan Rosdy memberi ucapan di surau Al Falah, yang dihadiri  juga oleh Presiden Angkasa (bersila kiri, baju biru) serta Nazir Masjid Al-Hidayah Tmn Melawati K.L.(kanan)

President ANGKASA telah menghadiahkan sekotak buah kurma kepada semua hadirin di Surau, selain dari mengimamkan sembahyang terawih bersama dengan 3 lagi imam.

Mesyuarat singkat untuk menubuhkan koperasi orang asli kawasan Pos Betau juga sempat diadakan sebelum berbuka puasa bersama dengan masyarakat Islam tempatan diadakan dalam keadaan yang sungguh meriah.

Kakitangan ANGKASA telah menderma buak kurma kepada semua yang hadir pada hari bersejarah itu.

Malah, penduduk di situ amat gembira dan berterima kasih kepda PERKAS & ANGKASA kerana dapat bersama dengan masyarakat luar setelah kian lama dipinggirkan.

Berbuka bersama dengan masyarakat Islam tempatan.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan.

No comments:

Post a Comment